Info niaga

Rangkaian pengedaran pelbagai produk Pekasam AnnissA oleh pemborong dan pengedar yang kini terdapat di seluruh Malaysia. Juga jaringan rangkaian perniagaan dan rakan niaga pembuat / pengusaha pekasam AnnissA Global seluruh Malaysia. Bagi yang ingin menjadi pemborong, pengedar atau penjual Pekasam serta Ikan Kering, hubungi atau whatsapp ~ 01137870087 & 0125315488 ~ Puan AnnissA

Rabu

MUHASABAH DIRI


Muhasabah diri ketahui antara keji dan terpuji, ubah sebelum jasad di ubah tempat ke kubur dan tingkatkan pengetahuan agar boleh bezakan dosa serta pahala. 

KURSUS


Kursus penghasilan secara komersial pelbagai produk berasaskan ikan antaranya pekasam, ikan kering dan ikan masin boleh di ikuti samada secara individu terus di tempat anda/pengusaha atau di anjurkan oleh agensi atau pihak-pihak tertentu. Hubungi 013 320 4100

 

Jumaat

Harga pekasam ikan & daging

 


Harga PEKASAM Ikan & Daging 

Terdapat beberapa jenis ikan dan daging dimana harga Pekasam yang berbeza mengikut berat ( gram ) setiap pack. Tetapi walaupun harga diberikan setiap Kg ( kilogram), harga sebenar ditentukan bagi setiap pack. Jika berat setiap pack 200 gram, setiap 1 Kg adalah 5 pack. Berbeza jika berat setiap pack samada 130 gram@ 8 pack / 1.040 Kg dan 150 gram@ 7 pack / 1050 Kg. iaitu lebih dari 1 Kg. Untuk memudahkan pesanan dibuat, anda perlu pastikan samada perlukan dengan berat 130 gram, 150 gram dan 200 gram. 

Di senaraikan harga Pekasam jenis ikan dan daging mengikut kauntiti/berat (gram) seperti berikut :-

Pekasam Sepat / Puyu / Teroboi / Lampam / Loma / ikan putih / Talapia / Kembung / Gelama / Belanak / Kedera

Semua jenis ikan Pekasam adalah sama harga samada ikan air tawar atau ikan air masin mengikut berat/gram setiap pack  iaitu dengan asas perkiraan setiap 1 kilogram antara RM  30.00 (Ringgit Malaysia: TIGA PULUH sahaja hingga RM 40.00 (Ringgit Malaysia: EMPAT PULUH sahaja) Tempahan atau pesanan boleh dibuat samada telah dipack atau telah dibungkus mengikut berat(gram) atau tanpa dipack/bungkus iaitu beli beberapa kilo secara pukal, harga adalah sama dan tempahan juga boleh diuruskan mengikut kauntiti berat mengikut kehendak pilihan pelanggan dan disenaraikan panduan kauntiti berat serta harga seperti berikut:

 

 130 gram/RM 3.90 - RM 5.20

 150 gram/RM 4.50 - RM 6.00

 200 gram/RM 6.00 - RM 8.00

Harga yang disenaraikan terdapat perbezaan iaitu di antara RM 30.00 dan RM 40.00 bagi setiap 1 kilogram, ini adalah kerana harga bahan mentah semasa tidak stabil seperti ikan, beras, garam, asam keping serta kenaikkan kos-kos yang lain berkaitan pemprosesan pekasam. Dengan menyenaraikan 2(DUA) harga berkenaan atau menyatakan lebih awal, anda sebagai pelanggan boleh buat anggaran atau bajet kewangan untuk buat pesanan atau tempahan. Untuk tujuan perniagaan, sebagai agen, peruncit, pemborong atau pusat pengedaran perniagaan, harga yang dinyatakan di atas boleh dirundingkan lagi dan bagi tempahan/pesanan bernilai RM 5,000.00 (Ringgit Malaysia: LIMA RIBU sahaja) harga borong khas diberikan oleh Annissa Global.

Namun, anda sebagai pelanggan Annissa Global di harapkan terus hubungi melalui Whatsapp 0125315488 bagi memastikan harga semasa semasa buat pesanan/tempahan pekasam Annissa. Dan harga tidak stabil samada turun atau naik mengikut kos bahan mentah semasa serta ketika pesanan/tempahan anda buat. Harga pekasam ikan adalah sekitar atau antara RM 30.00 hingga RM 40.00 bagi setiap 1(SATU) kilogram. Dan setelah pesanan/tempahan anda di terima, harga adalah mengikut persetujuan atau apa yang ditetapkan semasa perbincangan dibuat ketika itu. 

Tempahan atau pesanan produk pekasam Annissa Global boleh di buat melalui panggilan telefon atau WhatsApp sahaja

01137870087 dan 0125315488 sahaja dan pihak Annissa Global tidak melantik mana-mana pihak sebagai wakil atau agen atau pekerja atau tiada mana-mana pihak yang boleh berurusan bagi pihak Annissa Global. Oleh itu, Annissa Global tidak bertanggungjawap apa-apa yang berlaku selain dari 2(DUA) nombor telefon berkenaan.

Terma dan syarat-syarat tempahan/pesanan, penghantaran/penerimaan produk pekasam seperti  berikut:

1. Persetujuan mengenai kauntiti berat serta harga semasa atau ketika pesanana/tempahan itu dibuat dan harga berubah bagi pesanan-pesanan berikutnya mengikut kos bahan mentah semasa ketika itu.

2. Setelah persetujuan bersama mengenai kauntiti berat, jumlah gram/kilogram bagi setiap pack dan harga, print screen di whatsapp atau masej FB atau mana-mana media sosial dibuat adalah dirujuk dan seterusnya pelanggan diberikan no.akaun bank untuk buat bayaran yang ditetapkan bagi keseluruhan pesanan serta pelanggan juga perlu buat bayaran bagi kos penghantaran atau kos pos tetapi jika 1(SATU) pesanan pada 1(SATU) masa tempahan/pesanan(order) yang bernilai RM 5,000.00 (ringgit Malaysia: LIMA RIBU sahaja) dan keatas kos penghantaran di seluruh Malaysia di tanggung oleh Annissa Global. Tetapi jika pesanan berulang-ulang atau beberapa kali pesanan atau penghantaran dibuat beberapa kali walaupun melebih RM 5,000.00 kos penghantaran adalah ditanggung oleh pelanggan.

3. Tempoh masa penghantaran tempahan/pesanan dilakukan antara 7(TUJUH) hingga 21(DUA PULUH SATU) hari dari bayaran tempahan/pesanan diterima. Dan setelah pihak Annissa Global serahkan bungkusan tempahan/pesanan kepada pihak syarikat pos atau pihak syarikat pengendali penghantaran, maklumat penghantaran diberikan pada pelanggan samada melalui Whatsapp atau apa-apa cara yang mudah dibuat semakkan oleh pelanggan. Tempoh masa penghantaran adalah diluar kawalan pihak Annissa Global, oleh itu pelanggan atau anda boleh buat pilihan atau berikan cadangan mana-mana cara penghantaran atau anda sendiri yang tentukan mana-mana syarikat penghantaran pilihan anda sendiri.

4. Apa-apa kelewatan penerimaan tempahan/pesanan adalah tanggungjawap pihak syarikat pengendali yang berkenaan dan apa-apa keroskkan tempahan/pesanan yang berlaku adalah tertakluk pada sebab samada berlaku akibat proses penghantaran atau yang berlaku semasa proses pembungkusan. Jika kotak atau pembungkusan tempahan/pesanan rosak, pecah atau terdapat apa-apa kerosakkan produk pekasam akibat dari berlakukannya kerosakkan pembungkusan berkenaan, pelanggan dikehendaki ambil gambar sebaik saja terima bungkusan berkenaan bagi tujuan buat tuntutan ganti rugi pada syarikat penghantaran berkenaan. Apa-apa keroskkan yang berlaku disebabkan pembungkusan produk pekasam oleh Annissa Global, pelanggan perlu ambil gambar sebaik saja terima produk berkenaan bagi tujuan tuntutan ganti produk yang lain atau pemulangan wang. Bagi tujuan tuntutan ganti atau tukar produk yang baru, tuntutan hanya dibuat dalam tempoh 24(DUA PULUH EMPAT) jam dari bungkusan atau produk diterima atau keseluruhan produk atau sebahagian antara produk yang rosak di kembalikan pada Annissa Global dan setelah itu, tiada lagi tuntutan boleh dibuat. Bukti penghantaran atau penerimaan bungkusan atau produk adalah dirujuk dari pihak syarikat penghantaran.

5. Apa-apa pembuktian adalah merujuk pada kenyataan bertulis serta gambar atau print screen.

PEKASAM DAGING RUSA /  LEMBU / AYAM mengikut kauntiti berat seperti berikut:

 

 Rusa    - 200 gram/RM 24.00  & 100 gram/RM 12.00

 Lembu - 200 gram/RM 12.00  & 100 gram/RM   6.00  

 Ayam  -  200 gram/RM 10.00  & 100 gram/RM   5.00

Terma dan syarat-syarat tempahan/pesanan, penghantaran/penerimaan produk pekasam daging sama seperti diatas. Dan pekasam daging yang lain seperti kijang, arnab, landak atau sebagainya juga dibuat pekasam mengikut tempahan/pesanan pelanggan serta mengikut stok bahan mentah atau daging berkenaan. 

- harga yang dinyatakan diatas adalah harga borong dan bukan harga jualan runcit di pasaran samada anda buat tempahan/pesanan sedikit atau banyak, cuma bagi yang buat tempahan/pesanan RM 5,000.00 dan ke atas sahaja diberikan harga lebih rendah dari harga di atas.. Harga pasaran atau harga jualan anda sendiri tentukan. sebagai contoh bagi pekasam sepat dengan berat 150 gram, harga borong antara RM 4 - 6, harga pasaran antara RM 8 - 12 dan harga dipasarkan juga ditentukan mengikut lokasi samada di jual di pasar malam,  kedai runcit, kios, pasaraya atau tempat-tempat tertentu dan harga jualan juga mengikut kaedah pembungkusan samada pack biasa atau dalam kotak yang lebih menarik. Harga pasaran adalah ditentukan sendiri oleh anda sebagai agen, peruncit, pemborong atau pusat pengedaran(stokis). 

Berat samada 130 gram, 150 gram dan 200 gram adalah mengenai kandungan kauntiti setiap pack. Harga setiap pack adalah mengikut berat dan setiap pack adalah bermaksud bungkusan atau pekasam berkenaan telah siap dipack mengikut berat dan harga.

Harga yang dinyatakan adalah hanya harga pekasam dan tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran adalah tertakluk pada berat keseluruhan bungkusan yang ditentukan mengikut cara penghantaran.  kos penghantaran adalah ditanggung oleh pembeli. 

Jika pesanan melebihi RM 5,000 kos penghantaran percuma kemana-mana tempat Seluruh Malaysia. Dan pesanan dalam kauntiti yang banyak, khususnya untuk tujuan perniagaan, harga yang dinyatakan diatas boleh dirundingkan lagi. 

Penghantaran pesanan dibuat dalam tempoh 7 - 21 hari dari tarikh/masa pembayaran disahkan dibuat atau mengikut tempoh masa yang diambil oleh syarikat penghantaran berkenaan. Bagi kawasan liputan KTM Distribution, penghantaran boleh dibuat samada terus ke lokasi atau door to door atau di ambil di Stesyen KTM yang berdekatan dan kadar kos bayaran agak berbeza mengikut yang di tetapkan oleh KTM Distribution. Bagi kawasan yang tiada liputan KTM, penghantaran dibuat melalui poslaju atau mana-mana syarikat pengendali yang berkaitan dan semua kos penghantaran di tanggung oleh pelanggan/pembeli. Kos penghantaran di kecualikan bagi semenanjung Malaysia jika pesanan melebihi RM 5 ribu. 

Ikan Talapia, Teroboi, Lampam, Loma ( ikan putih ), Sepat dan Puyu adalah dari jenis ikan air tawar. Manakala ikan Kembung, Gelama dan Belanak adalah dari jenis ikan air masin. Atas permintaan dan stok pada satu-satu masa terdapat juga jenis-jenis ikan yang lain dari yang dinyatakan diatas juga dibuat pekasam. Ikan air masin seperti sadin, biji nangka, kerisi, jenahak, kerapu, siakap, duri, seludu, sembilang, kedera, selar kuning, alu-alu, terubuk, cencaru, talang, kurau, selayang, bawal, tamban, tenggiri  dan pelbagai lagi. Ikan air tawar pula seperti patin, haruan, keli, kaloi, tapah, kelabau, talapia merah, jelawat, temoleh, toman, baung, belida, tengas dan pelbagai lagi. Terdapat juga permintaan atau stok pekasam dari ikan yang agak mahal harganya seperti salamon, tuna, sebarau, kelisa/arwana, kelah, ketutu dan sebagainya. 

Selasa

Pekasam Annissa


Pekasam Annissa yang di keluarkan oleh Annissa Global dari pelbagai jenis samada Pekasam Ikan dan Pekasam Daging. Pekasam ikan samada ikan air tawar seperti sepat lampam loma talapia serta atas permintaan pelanggan seperti pekasam patin kelah arwana atau apa saja ikan air tawar tertakluk pada adanya bahan mentah iaitu ikan berkenaan. Pekasam ikan air masin seperti gelama sadin kembung juga mengikut permintaan pelanggan seperti salmon kerapu jenahak tenggiri atau apa saja ikan mengikut adanya bahan mentah iaitu ikan berkenaan.
Pekasam Annissa di pasarkan keseluruh Malaysia dan ada antara pemborong produk pekasam Annissa yang pasarkan ke luar negara. Bagi agen pengedar pemborong yang ingin pasarkan produk pekasam Annissa, hubungi / whatsApp 0125315488 bagi tujuan dapatkan senarai harga borong.

Pruduk Annissa Global


Produk samada dikeluarkan atau yang dipasarkan oleh Annissa Global khususnya pelbagai pekasam ikan dan daging. Pelbagai ikan kering juga di pasarkan oleh Annissa Global. Pengeluaran pekasam secara komersial kini di pasarkan di seluruh Malaysia serta ada antara pemborong yang eksport pekasam Annissa ke luar negara. Sebagaimana umum ketahui, terdapat pelbagai negara yang makanan rujinya adalah berasaskan nasi dan ianya membuka peluang pada pasaran pekasam.
Sejak sekian lama, Annissa Global banyak berurusniaga atau pasarkan pekasam kepada pengedar atau pemborong secara OEM. Pekasam atau ikan kering di pack tanpa stiker atau jenama, pengedar atau pemborong yang letakkan stiker atau pack atas namanya sendiri. Jualan produk pekasam serta ikan kering secara borong merupakan perniagaan asas Annissa Global.
Produk pekasam dan ikan kering Annissa di edarkan seluruh Malaysia dan pengedar serta pemborong pasarkannya atas jenama mereka sendiri. Perniagaan secara OEM di mana Annissa Global hasilkan pekasam dan pemborong pasarkan dengan jenama mereka sendiri. Ada pelbagai jenama yang mana produk pekasam dan ikan kering adalah dibekalkan oleh Annissa Global.
Annissa Global juga membuka peluang pada semua individu, syarikat pengedar atau pemborong bagi pasarkan produk pekasam dan ikan kering. Hubungi / Call 0133204100 atau whatsApp 0125315488 dan info lanjut di www.zuhudniaga.com

Kursus Penghasilan Pekasam


 Kursus penghasilan pekasam secara komersial yang di sediakan oleh Annissa Global kepada pengusaha atau pada bakal pengusaha yang berminat atau bercadang untuk jadi pengusaha pekasam. Kursus di adakan terus di tempat pengusaha atau di tempat anda, kursus boleh di anjurkan samada oleh mana-mana agensi atau anda sendiri sebagai bakal pengusaha boleh anjurkannya. 
Kursus boleh di adakan samada di rumah, bengkel, dewan, kilang atau mana-mana tempat yang sesuai. Sekurang-kurangnya kursus di buat selama 2 (Dua) hari atau mengikut kesesuaian peserta dan kos kursus adalah mengikut pakej kursus yang di perlukan.
Kursus dibuat secara hand-on atau praktikal, peserta melakukan semua step atau tahap proses penghasilan pekasam. Sebagai contoh, jika pakej kursus 2 hari, 14 (empat belas) hari sebelum tarikh kursus dibuat, peserta perlu sediakan bahan mentah dan pada hari kursus dibuat, bahan-bahan yang di sediakan akan digunakan pada hari berkenaan.
Kursus diberikan mengikut pakej yang peserta pilih dan bagi pakej kursus yang lengkap adalah termasuk pemantauan berkala bagi memastikan peserta mampu mengaplikasikan pengetahuan semasa kursus diikutinya. Kursus juga boleh di tingkatkan ke tahap lanjutan yang berkaitan jangka hayat produk, kaedah penyimpanan, pembungkusan, kajian dan kaedah pemasaran.
Kursus penghasilan pekasam secara komersial di berikan mengikut tahap, tahap asas. tahap lanjutan dan tahap pengembangan. Pakej asas kursus adalah hanya 2 (dua) hari, ianya berkaitan kaedah asas penghasilan pekasam secara komersial. bagi pakej kursus lanjutan ianya berkaitan kaedah pembungkusan serta berkaitan jangka hayat produk khususnya berkaitan kaedah penyimpanan yang betul. Bagi pakej kursus pengembangan pula adalah berkaitan kajian / kaedah pasaran serta membantu mengenai pasti risiko dan peluang berkaitan kaedah SWOT & TOWS dalam perniagaan pekasam. 
Untuk anjurkan atau adakan kursus penghasilan pekasam secara komersial, hubungi Call 0133204100 atau whatsApp 0125315488 - ikuti info di www.zuhudniaga.com  

Pasarkan pekasam Annissa

Pasarkan pelbagai produk pekasam Annissa di seluruh Malaysia serta ke luar negara, kini pekasam mudah di dapati hanya dengan order atau pesan melalui whatsApp 0125315488. Pelbagai produk pekasam Annissa samada pekasam ikan air masin seperti kembung sadin gelama, pekasam ikan air tawar antaranya lampam loma talapia puyu sepat. Pekasam daging lembu dan yang paling viral atau popular adalah pekasam daging rusa. Pasaran atau perniagaan secara dropship juga antara yang dilakukan selain produk pekasam Annissa di pasarkan oleh pemborong penjual pengedar atau agen di seluruh Malaysia.
Anda inginkan produk pekasam Annissa, hanya whatsApp 0125315488 atau CALL 0133204100. Bagi info lanjut klik www.zuhudniaga.com dan FB page: Pekasam Annissa. Pasaran pekasam Annissa telah berkembang dengan pelbagai kaedah samada melalui pemborong pengedar penjual serta agen serta secara dropship. Pack atau Packaging pekasam keluaran Annissa adalah tanpa label, anda sebagai agen boleh buatkan label sendiri dan ini adalah bagi memastikan pelanggan anda terus dapatkan pekasam dari anda. 

Ahad

Pekasam ikan & Daging

Pekasam ikan & daging di komersial ke seluruh Malaysia, kini tiada halangan bagi pengemar atau yang ingin jadikan pekasam juadah hidangan anda. Pekasam ikan air masin seperti kembung sadin gelama dan ikut tempahan pelanggan. Ada juga yang buat pesanan pekasam ikan salmon, siakap, kerapu, jenahak, tenggiri dan berbagai-bagai jenis ikan boleh dibuat pekasam. Boleh dikatakan semua jenis ikan air masin boleh dibuat pekasam tapi harga ikan-ikan tertentu agak tiinggi dan tidak di sediakan yang hanya dibuat atas tempahan. Pekasam ikan air masin seperti kembung sadin dan gelama memang mudah diperolehi untuk di jadikan pekasam serta begitu banyak permintaan.
Pekasam ikan air tawar  seperti ikan lampam, loma, talapia, puyu dan yang paling banyak mendapat permintaan adalah pekasam sepat. Permintaan pekasam sepat dari pelanggan agak tinggi, boleh dikatakan sentiasa ada pekasam sepat dan sebagaimana biasa kekadang stok bahan mentah sukar di perolehi atau harga yang tidak stabil. Pekasam ikan air tawar yang lain seperti patin, ketutu, temoleh, kaloi, kelah, tenggas juga ada yang buat pesanan malah ikan kelisa serta arowana pun pernah dibuat pekasam. Pelik?, ikan hiasan dibuat pekasam, ceritanya begini kolam komersial penternakan ikan hiasan bekalkan induk atau ikan kelisa atau arwana yang telah mati setelah jalani proses pembiakkan. So, buat pekasam ikan kelisa dan arwana tapi bukan sentiasa ada, jangan mengidam nak makan pekesam kelisa dan arwana pulak. Semua jenis ikan bernilai tinggi hanya dibuat atas permintaan saja dan ikan-ikan biasa dijadikan pekasam seperti sepat mudah dibuat pesanan.
Annissa Global juga sedia membekalkan pada pemborong, pengedar, penjual dan sesiapa saja nak jadi agen pekasam keluaran Annissa. Hubungi / whatsApp 0125315488 atau terus CALL 0133204100 

Isnin

Pekasam Rusa

Pekasam Rusa, antara produk pekasam yang agak menarik malah apabila diproses dijadikan pekasam ianya menjadi makanan esotik. Ada yang belum pernah makan daging rusa mungkin kerana kurang atau tidak dipasarkan secara komersial. Kini, anda boleh nikmati daging rusa yang dijadikan pekasam dari perusahaan pekasam annissa global. Pekasam rusa boleh di buat pesanan samada dengan kauntiti 100 gram atau 200 gram setiap pack atau mengikut pesanan anda. 
Daging rusa agak sukar diperolehi berbanding dengan daging lembu atau kambing namun pada masa-masa tertentu khususnya semasa pihak ladang penternakan rusa bekalkan daging rusa, annissa global dapatkannya seterusnya di jadikan pekasam. Daging rusa yang telah diproses dijadikan pekasam mampu disimpan antara 6 bulan sehingga 1 tahun. Terdapat 2 pembekalan daging rusa samada dalam malaysia atau yang di impot dari luar negara. 
Anda kini boleh nikmati pekasam rusa dengan buat pesanan melalui whatsapp 0125315488 atau terus CALL 0133204100 dan hanya setelah pesanan dibuat seterusnya buat bayaran mengikut kauntiti yang diperlukan, pekasam rusa di hantar melalui courier services mengikut kesesuaian antara pelbagai syarikat pengendali penghantaran. Dan bagi yang ingin jadi pengedar atau penjual produk pekasam annissa, hubungi pihak Annissa Global.. 

Selasa

Pasarkan pekasam

Pekasam Annissa kini dipasarkan ke seluruh Malaysia dan tempahan atau pesanan boleh dibuat melalui whatsapp 0125315488 atau CALL 0133204100. Dapatkan pelbagai pekasam annissa samada pekasam ikan atau pekasam daging mengikut pilihan anda. Pekasam Annissa boleh di pesan mengikut kauntiti atau saiz samada 130 gram, 150 gram atau 200 gram bagi pekasam ikan. Untuk pekasam daging samada 100 gram atau 200 gram. Harga sebagaimana yang dinyatakan pada senarai harga pada paparan di atas.
Penghantaran pekasam di uruskan melalui poslaju atau syarikat pengendali penghantaran mengikut keselesaan serta kauntiti pesanan. Whatsapp 0125315488 atau CALL 0133204100 bagi tujuan buat pesanan pekasam annissa.

Pekasam Annissa


Pekasam Annissa keluaran Annissa Global dari pelbagai jenis ikan samada pekasam ikan air tawar atau pekasam ikan air masin. Antara produk pekasam Annissa adalah ikan talapia sepat puyu lampam loma taroboi merupakan antara pekasam dari ikan air tawar serta pelbagai ikan air masin seperti ikan kembung gelama sadin dan sebagainya mengikut permintaan pasaran serta stok bahan mentah semasa.
Annissa Global juga memproses pelbagai daging dijadikan pekasam antaranya daging lembu arnab rusa serta mengikut permintaan pasaran serta stok bahan mentah semasa. Pengguna atau penggemar makanan esotik seperti pekasam kini mudah dapatkan pekasam mengikut pilihan selera samada pekasam ikan atau pekasam daging.
Bagi buat pesanan pekasam annissa hubungi melalui whatsapp 0125315488 atau CALL 0133204100 dan sebaik saja pesanan serta bayaran dibuat, proses penghantaran akan diuruskan dalam tempoh 7 - 21 hari mengikut kuantiti dan kaedah penghantaran dibuat. Tempoh penghantaran atau penerimaan adalah mengikut pihak pengendali atau syarikat penghantaran yang berkenaan.
Bagi tujuan pengembangan perniagaan atau jika anda berminat untuk menjadi pengusaha membuat pekasam, Annissa Global juga menyediakan kursus membuat pekasam di tempat anda. Hubungi pihak Annissa Global melalui whatsapp 0125315488 atau CALL 0133204100 bagi tujuan membuat pesanan pekasam annissa.

Isnin

Annissa Global

Annissa Global adalah pengeluar, daging dan ikan pekasam di pasarkan pada harga borong ke seluruh Malaysia kepada pemborong atau pengedar. Pelbagai jenis daging dan ikan yang di jadikan pekasam dan harganya mengikut harga bahan mentah semasa atau harga daging berkenaan ketika ini.

Harga bagi ikan pekasam ketika ini keseluruhannya samada ikan air tawar atau ikan air masin adalah sama saja. Iaitu bagi yang kauntitinya atau berat 130 gram - RM 3.75, 150 gram - RM 4.30 dan 200 gram - RM 6.00. Semua jenis ikan, harga setiap pack mengikut berat kauntitinya sebagaimana yang di nyatakan. Perubahan harga ikan atau bahan mentahnya akan menyebabkan harga jualannya turun atau naik mengikut keadaan semasa ketika itu atau semasa order / tempahan / pesanan dibuat.

Harga bagi daging pekasam adalah mengikut jenis, bagi pekasam daging Lembu bagi kauntiti beratnya 100 gram - RM 6.00 dan 200 gram - RM 10.00 pekasam daging Ayam 100 gram - RM 5.00 dan 200 gram - RM 9.00 pekasam daging Rusa 100 gram - RM 12.00 dan 200 gram - RM 22.00. Pekasam daging adalah tertakluk pada harga bahan mentah iaitu harga daging berkenaan. Perubahan harga daging atau bahan mentahnya akan menyebabkan harga jualannya turun atau naik mengikut keadaan semasa ketika itu atau semasa order / tempahan / pesanan dibuat.

Kauntiti atau berat setiap pack / bungkusan juga adalah tertakluk pada jualan yang dibuat samada mengikut berat atau jualan yang dibuat hanya mengikut jumlah pack / bungkusan tanpa mengambilkira atau tidak merujuk pada kauntiti berat kandungan setiap pack / bungkusan. Kauntiti atau berat setiap pack / bungkusan pekasam samada kurang atau lebih beratnya ketika proses pembungkusan atau berlaku penyusutan berat setelah di pack / di bungkus dan pengurangan berat setelah dibuka pekasam dari bungkusannya. 

Jualan pada harga borong semua jenis pekasam Annissa samada pekasam daging dan pekasam ikan air tawar atau pekasam ikan air masin. Kos penghantaran adalah di tanggung oleh pembeli dan kos penghantaran adalah tertakluk pada jenis syarikat pengendali penghantaran seperti Poslaju Gdex DHL FedEx EMS SkyNet EasyParcel CityLink KTMD atau pelbagai lagi cara penghatarannya. Tempoh atau masa penghantaran adalah tertakluk pada syarikat penghantaran tersebut. Kerosakkan bungkusan atau kelewatan penghantaran adalah di tanggung oleh syarikat pengendali penghantaran berkenaan. Penghantaran ke luar negara adalah di uruskan sendiri oleh pemborong, pengedar atau individu berkenaan yang perlu patuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan. Annissa Global jual pelbagai produk pekasam pada harga borong, penghantaran ke seluruh Malaysia serta bagi peniagaan secara dropship, adalah sama hanya setelah bayaran dibuat, produk di hantar ke alamat dalam atau seluruh Malaysia seperti yang di arahkan. 

Tempoh proses penghantaran 7 atau 14 hari dari tarikh bayaran pesanan di sahkan telah dibuat. Hanya setelah pengesahan bayaran telah dibuat, proses penghantaran seperti urusan packing / bungkus / pack dibuat mengikut kauntiti berat pesanan / order. Urusan pembungkusan pekasam hanya di proses setelah bayaran dibuat mengikut pesanan dan selagi bayaran tidak di sahkan 'succesful', proses pembungkusan tidak di uruskan.

Pesanan produk pekasam Annissa boleh di buat melalui whatSapp 0125315488, rujukan harga pekasam tertakluk pada senarai yang di nyatakan atau harga yang di kemaskini dari masa ke semasa.

Rabu

Pasaran Pekasam

Pelbagai produk pekasam samada pekasam dari ikan air tawar seperti sepat puyu lampam loma teroboi dan pelbagai lagi atau pekasam dari ikan air masin seperti gelama kembung selar terisi sadin serta pelbagai lagi. Annissa Global sebagai pengeluar atau pengusaha perusahaan pekasam juga membuat pelbagai pekasam daging seperti pekasam daging lembu, kambing, rusa, biri-biri, landak. ayam, arnab dan pelbagai lagi daging mengikut pesanan serta stok bahan mentah semasa. Bagi tujuan pengembangan perniagaan pekasam Annissa, kursus penghasilan ikan dan daging pekasam di anjurkan samada bersama mana-mana pihak, agensi, pertubuhan atau secara langsung pada individu bertujuan jadikan pengusaha atau pengeluar pekasam.
Pemborong dan pengedar di alu-alukan untuk pasarkan pelbagai produk pekasam Annissa di seluruh Malaysia dan turut pasarkan pekasam ke luar negara. Untuk info klik www.zuhudniaga.com atau 1annissa.blogspot.com dan add page FB Pekasam Annissa atau page FB Selera Ekspres
Hubungi, untuk pesanan produk pekasam ~ whatsapp 0125315488 atau untuk kursus penghasilan ikan dan daging pekasam CALL direct 0133204100 / 0132552000


~ viralkan, share & sebarkan ~ semoga beroleh menafaat, Insyaa Allah

Selasa

Pasaran

Annissa Global adalah syarikat yang berdaftar sebagai pengeluar pekasam atau memproses, menghasilkan pelbagai ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin, daging seperti puyuh ayam rusa kambing lembu di jadikan pekasam. Pengeluaran pekasam secara komersial secara kontrak pengilangan / pembuatan ~ OEM, pasarkan pekasam pada harga borong di seluruh Malaysia. Dengan pengalaman lebih 20 tahun dan sejak 2009 telah pasarkan pekasam secara komersial di seluruh Malaysia serta ke luar negara.

Antara ikan air tawar yang di jadikan pekasam adalah loma ikan putih lampam sepat puyu teroboi talapia hitam atau merah tengalang patin jelawat kaloi sebarau pucuk pisang haruan keli dan pelbagai lagi ikan air tawar yang lain. Begitu juga dengan ikan air masin yang di jadikan pekasam antaranya gelama kembung sadin tenggiri siakap jenahat kerapu seludu duri selangat dan pelbagai lagi ikan air masin yang di jadikan pekasam. Pekasam daging antaranya puyuh ayam kambing rusa lembu mengikut permintaan pasaran serta tertakluk pada stok bahan mentah. Ada juga permintaan pekasam yang agak esotik seperti pekasam telor sotong ikan salmon dan pelbagai lagi yang di jadikan pekasam.

Untuk tujuan pengembangan perniagaan di seluruh Malaysia, Annissa Global juga menganjurkan kursus penghasilan ikan dan daging pekasam secara Hand-on / praktikal samada di anjurkan oleh pihak agensi kerajaan atau swasta dan atas permintaan pengusaha atau bakal pengusaha. Bagi tujuan mengujudkan networking / jaringan perniagaan lebih serius, Annissa Global mengalu-alukan pemborong-pemborong, pengedar-pengedar dan semua pihak untuk jadi rakan niaga pasarkan pekasam samada dalam negara di seluruh Malaysia atau bagi tujuan eksport ke luar negara.
Hubungi CALL 0133204100 / 0132552000 atau whatsapp 0125315488 dan untuk info klik 1annissa.blogspot.my / www.zuhudniaga.com

Isnin

Kursus buat Pekasam

Kursus penghasilan ikan dan daging pekasam anjuran bersama Annissa Global dan Maktab Koperasi Malaysia Petaling Jaya, Selangor. Di adakan pada 29-30 Oktober 2018 dimana pada hari pertama sessi talk dan hari kedua kursus di buat secara hand-on atau praktikal. Cara pembersihan ikan dan daging, seterusnya proses pemeraman dan kaedah pembungkusan.

Juga pelbagai info mengenai perniagaan produk pekasam dalam perkongsian pengalaman dengan para peserta kursus. Para pengusaha atau bakal-bakal peniaga yang ingin ceburi dalam perniagaan pembuatan pekasam boleh turut serta. Dan untuk kursus hand-on secara langsung di tempat pengusaha / peniaga, boleh hubungi 0133204100.

Rabu

Pekasam Annissa

Pekasam Annissa yang kini boleh di pesan melalui whatsapp 012 531 5488 samada untuk kegunaan sendiri atau bagi tujuan berniaga. Bagi kegunaan sendiri, anda boleh buat pesanan mengikut keperluan dan bagi tujuan berniaga atau memasarkan pekasam keluaran Annissa. Tiada had pesanan samada satu pack 130 gram atau 10 kilogram atau 100 kilogram atau mengikut seberapa banyak pekasam yang di perlukan.
Pesanan adalah mengikut stok pekasam semasa serta jenis pekasam ikan atau pekasam daging yang ada ketika pesanan dibuat. Namun, setiap pesanan mengambil masa antara 7-14 hari tempoh penghantarannya iaitu setelah pesanan disahkan serta bayaran dibuat atau bayaran telah dibank-in. Penghantaran pesanan pekasam hanya diuruskan atau diuruskan penghantarannya setelah pembayaran dibuat/dibank-in.
Pekasam Annissa diproses dari pelbagai jenis ikan samada ikan air tawar seperti Sepat Puyu Lampam Loma Teroboi Talapia dan pelbagai lagi. Pekasam ikan air masin seperti Gelama Kembung Sadin dan pelbagai yang lain. Pekasam Daging pula ialah Pekasam Daging Lembu dan Pekasam Daging Rusa.
Untuk buat pesanan Pekasam Annissa, Call/Whatsapp 012 531 5488 dan dapatkan pelbagai info mengenai Pekasam Annissa di blog 1annissa.blogspot.my 

Khamis

Pekasam

Pekasam Annissa Global di hasilkan dari pelbagai jenis ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin serta pekasam daging rusa dan lembu. Antara pekasam ikan air tawar ialah sepat puyu teroboi lampam ikan putih/loma sebarau dan pelbagai ikan tawar. Antara pekasam ikan air masin ialah gelama kembung sadin dan pelbagai ikan air masin.
Pekasam Annissa Global juga di pack dalam 3 kauntiti berat, 130 gram, 150 gram atau 200 gram dan mengikut permintaan pesanan pelanggan. Ada yang ingin tahu berapa ekor ikan pekasam dalam satu pack, jika ikan yang bersaiz kecil samada 1 atau 3 ekor dalam satu pack tetapi jika ikan yang agak besar samada 1 atau separuh yang di potong mengikut berat untuk dipack. Saiz ikan adalah berbeza mengikut jenis ikan dan kauntiti berat semasa di pack. Jika di pack dengan kauntiti 200 gram, 1 kilogram pekasam dipack 5 pack, jika di pack 150 gram, 1050 gram/kilogram di pack 7 pack dan jika 1040 gram/kilogram di pack 8 pack. 
Harga adalah mengikut berat setiap pack, jenis ikan dan kos penghantaran. Pelanggan boleh membuat pesanan mengikut berat yang diperlukan samada 130 gram, 150 gram dan 200 gram. Bagi pemborong atau peniaga, boleh membuat pesanan samada yang telah di pack 130 gram, 150 gram, 200 gram atau setengah kilo atau dalam pack 1 kilo. Pack yang dipasarkan oleh Annissa Global untuk peniaga dalam bungkusan tanpa stiker dan peniaga berkenaan boleh gunakan stiker sendiri. Harga borong pekasam Annissa Global adalah mengikut kos bahan mentah semasa namun bagi tujuan perniagaan ianya boleh dirundingkan lagi.  Harga adalah sebagaimana yang dinyatakan pada Senarai Harga.   

Penghantaran

Penghantaran pesanan Pekasam Annissa di uruskan melalui KTMD - KTM Distribution Sdn Bhd samada pelanggan ambil di stesyen Keretapi Tanah Melayu - KTM yang berhampiran atau penghantaran di lakukan 'door to door'. Perbezaan kos perkhidmatan agak berbeza jika pelanggan ambil di stesyen KTM berhampiran dengan penghantaran terus dibuat ke alamat pelanggan(door to door). 
Kos penghantaran adalah mengikut kadar kauntiti berat pesanan, kauntiti berat tidak kurang 1 kilogram dan tiada had kauntiti berat untuk penghantaran menggunakan KTMD. Masa penghantaran pesanan adalah mengikut jadual perjalanan serta tertakluk pada KTMD. Supaya tidak keliru, stesyen KTM bukannya stesyen komuter dan hanya stesyen KTM yang tertentu tempat untuk mengambil pesanan. Namun KTMD buat penghantaran keseluruh Semenanjung Malaysia. Kos penghantaran adalah ditanggung oleh pelanggan samada menggunakan KTMD atau Poslaju dan tempoh penerimaan pesanan adalah tertakluk pada tempoh masa pengurusan pihak berkenaan. 

Jumaat

Hidang

Hidangkan pekasam dalam sajian makanan keluarga anda pastinya menyelerakan malah agak mudah menyediakan pekasam untuk di nikmati.
Pekasam Annissa mudah di hidangkan dengan hanya mengoreng dalam beberapa minit saja dan di hidangkan semasa panas. Pastinya hidangan makanan keluarga anda lebih menyelerakan dengan pekasam Annissa. Pekasam Annisa juga boleh di masak dengan membakar, balutkan pekasam dengan daun pisang seterusnya di panaskan dalam suhu yang sesuai atau di masukkan dalam mikrowave atau di panggang dengan pemangan. Aroma pekasam lebih menyelerakan dengan dibalut daun pisang dan di panaskan samada dengan kauli, mikrowave atau mengunakan pemanggan.
Bagi memesan pekasam Annissa, hubungi 0125315488 serta ikuti pelbagai keterangan di blog 1annissa.blogspot.my

Pasaran

Pasaran pekasam Annissa dibuat dengan pembungkusan mengikut kauntiti berat dalam beberapa saiz beratnya, samada 130 gram, 150 gram atau 200 gram dan mengikut permintaan pesanan yang diperlukan. 
Pembungkusan pekasam Annissa yang dilakukan dengan plastik yang ketebalan tertentu bagi memastikan kualiti lebih baik. Pembungkusan bagi pengedaran oleh pemborong, pengedar serta peruncit adalah dengan menggunakan labelnya sendiri dan Pekasam Annissa bekalkan pekasam dengan pembungkusan tanpa label. Pasaran pekasam yang dibuat oleh pemborong, pengedar dan peruncit adalah menggunakan labelnya sendiri bagi jaminan pasaran pekasam yang dibuatnya berterusan.
Bagi tujuan jadi pemborong, pengedar dan peruncit pekasam Annissa, hubungi 0125315488 dan ikuti pelbagai paparan kenyataan di blog 1annissa.blogspot.my

Jenis

Jenis pekasam Annissa adalah pelbagai, samada pekasam ikan air tawar seperti talapia loma lampam puyu sepat teroboi serta pelbagai ikan air tawar
Pekasam ikan air tawar adalah secara normal atau kebiasaannya di buat sejak sekian lama, secara tradisionalnya pekasam adalah proses dengan ikan air tawar atau ikan sungai
Pekasam Annissa melalui penyelidikan yang dilakukan bersama Universiti serta pusat penyelidikan teknologi makanan telah berjaya menghasilkan pekasam dengan menggunakan ikan air masin. Antara pekasam ikan air masin adalah kembung sadin gelama belanak kedera dan pelbagai ikan air masin yang di proses di jadikan pekasam oleh Annissa. 
Pekasam Anissa mengeluarkan dengan beras goreng walaupun terdapat pekasam yang di proses dengan menggunakan nasi bagi memasamkan pekasam. Pekasam Annissa yang di proses dengan menggunakan beras goreng lebih menarik, lebih sedap dan begitu menyelerakan sebab pemprosesan pekasam Annissa mengunakan asam gelugor bagi memasamkan ikan yang di jadikan pekasam 
Dengan pelbagai jenis pekasam Annissa, pengguna samada pemborong, pengedar, peruncit atau pengguna mempunyai banyak pilihan untuk menjual atau memakan pekasam. Pekasam Annissa adalah satu-satu pengeluar pekasam yang memproses pelbagai jenis pekasam samada ikan air tawar atau ikan air masin dan pekasam daging.
Untuk mendapatkan pekasam Annissa hubungi 0125315488 serta ikuti pelbagai keterangan di blog 1annissa.blogspot.my

Pekasam

Pekasam Annissa menarik perhatian pihak media untuk mengisi slot penyiaran di TV dan di siarkan bagi tujuan tontonan umum. Walaupun banyak pengusaha pekasam seluruh Malaysia namun perusahaan pekasam dari Annissa di pilih, ini secara langsung mempopularkan pekasam Annissa seluruh Malaysia 
Pekasam Annissa yang di proses melalui penyelidikan bersama dengan beberapa agensi pendidikan dan pihak pembangunan yang bertanggungjawab dalam industri makanan. Walaupun pekasam merupakan makanan tradisional yang di usahakan secara kecil kecilan namun kini dengan pendekatan teknologi bioteknologi, pekasam di hasilkan secara komersial.
Penghasilan pekasam Annissa dilakukan beberapa peringkat dari ikan segar yang di bersihkan melalui beberapa tahap bagi memastikan pekasam Annissa lebih berkualiti. Pekasam Annissa yang diproses secara komersial namun terus mengekalkan citarasa esotik tradisional. Pekasam Annissa di usahakan dengan pelbagai jenis ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin dan pekasam daging juga antara yang di buat antaranya pekasam daging lembu dan pekasam rusa.
Untuk mendapatkan pekasam Annissa, hubungi 0125315488 dan ikuti pelbagai kenyataan pada blog 1annissa.blogspot.my 

Rabu

Selera

Selera pasti 'menyengat' dengan Pekasam Annissa, sesuai sebagai hidangan penambah selera. Pekasam Annissa yang di hasilkan dari pelbagai jenis ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin. Tiada halangan lagi bagi sesiapa saja boleh nikmati hidangan pekasam yang menyelerakan pastinya keluaran dari Pekasam Annissa. Satu-satunya pekasam yang di keluarkan secara komersial yang sebelum ini telah lalui pelbagai proses penghasilan melalui penyelidikan dengan beberapa insitiusi pendidikan dan penyelidikan khususnya yang berkaitan pemprosesan makanan terutamanya penghasilan pekasam. 
Pekasam Annissa dengan rasa masam yang mengekalkan nutrisi iaitu bahan-bahan utama bagi makanan terproses melalui proses pembuatan secara moden dengan mengekalkan citarasa esotik tradisionalnya. Pekasam Annissa juga turut mengeluarkan pekasam daging seperti danging lembu dan daging rusa. Samada anda sebagai pengguna atau pengedar dan pemborong, hubungi samada melalui call atau whatsapp 0125315488 / 0133204100 

Khamis

Annissa Global pengeluar utama pekasam dan ikan kering, kini melangkah ke penerbitan drama TV khususnya slotsSeramedi TV3 penerbitan J S Pictures Sdn Bhd - Misteri Wan Peah dengan menaja Ikan Kering keluaran Annissa Global. 90 % sceen yang memaparkan ikan kering adalah produk Annissa Global. Antara yang jadi 'duta' ikan kering Annissa Global ialah Sasqia Dahuri, Sherry Alhadad, Sweet Qismina, Zee Zainal Faiz Tapaw dan beberapa pelakon yang lain bagi Misteri Wan Peah. "Duta" tu bukanlah sign contract bebagai, tapi sebab diaorg pelakun, ikut pengarah lah dalam skrip ada suruh pegang ikan kering, kena pegang jer laaa dan ikan kering tu yang Annissa Global, jadi nyer pelakun2 tu secara langsung jadi "duta".
SlotSeramedi TV3 bagi Misteri Wan Peah adalah sebanyak 20 siri yang boleh di tonton melalui www.layanon9.pw atau web tonton. Kesempatan diberikan pada Annisa Global bagi menaja ikan kering oleh J S Pictures Sdn Bhd amat dihargai dan pada prop master 'Apit' yang begitu kreatif.
Ikan kering serta pelbagai produk pekasam keluaran Annissa Global kini mendapat pasaran amat menggalakkan, di Lembah Klang pekasam Annissa kini boleh di dapati di pasaraya NSK. Bagi pemborong, peruncit serta yang ingin turut berniaga dengan memasarkan atau menjual pelbagai produk ikan kering dan pekasam Annissa Global, boleh hubungi 0133204100 atau 0125315488. Pelbagai ikan samada bagi ikan kering atau pekasam, kini pekasam daging lembu serta daging rusa begitu laris di pasaran. Pesanan direct boleh dibuat melalui whatsapp 0125315488 dan kiriman diuruskan melalui poslaju atau melalui Penghantaran KTMB terus ke rumah anda. 

Sabtu

Pekasam RUSA

Pekasam RUSA begitu popular dengan permintaan yang agak tinggi di seluruh Malaysia. Namun stok pekasam RUSA begitu terhad kerana bahan mentah iaitu daging RUSA kurang dan sukar di perolehi. Annissa Global pengeluar pekasam RUSA telah berurusan dengan penternak RUSA serta pengimpot RUSA bagi memastikan pekasam RUSA sentiasa ada. 
Bagi memastikan anda dapat pekasam RUSA, buat pesanan lebih awal dan urusan penghantarannya dilakukan sebaik mungkin. Walaupun pekasam RUSA begitu 'eklusif' serta makanan agak 'mewah'. Bagi memastikan semua orang mampu menikmati pekasam RUSA, Annissa Global memasarkannya dalam kauntiti tertentu dengan harga yang mampu bagi semua orang. Kini, tiada apa-apa halangan untuk anda menikmati pekasam RUSA bagi memenuhi citarasa esotik yang menyelerakan. 

Selasa

Pesanan

Pekasam AnnissA yang boleh di buat pesanan melalui whatsapp 0125315488, tiada had samada sikit atau banyak harga sebagaimana yang di paparkan, cuma pelanggan perlu menambah kos pos. Elak buat pesanan lewat petang khamis dan di hari jumaat kerana mungkin lewat anda terima pesanan. Sebaiknya buat pesanan pada isnin selasa rabu kerana penerimaan pada ke esokkan harinya bagi seluruh semenanjung.
walau apa pun, rancang untuk buat pesanan sebab akan ambil masa untuk pembungkusan serta penghantarannya. Urusan pos adalah tertakluk pada terma serta syarat yang di tetapkan serta diluar kawalan pihak AnnissA Global. Penghantaran ke luar negara pula diuruskan melalui penerbangan syarikat penghantaran tertentu yang sesuai dengan distinasi.
Jika anda berminat untuk jadi agen pengedar produk pekasam AnnissA seluruh Malaysia, hubungi 0125315488  

Esotik

Esotik, pekasam perusahan di tepi serambi belakang rumah di usahakan secara kecil-kecilan sebagai iks bukan bermaksud industri kecil sederhana tetapi industri kecil sangat-sangat. Kini dengan kesungguhan kerajaan dengan pelbagai agensi khususnya kementerian pertanian dan industri asas tani berjaya tranformasikan perusahaan desa khususnya pekasam.
Puan Noraini Nordin, Pengarah Penerbit/Editor Agro Malaysia telah hubungi sejak 11.43.03 am 25/12/2015 dan pada 10.55.17 pm 03/10/2016 sekali lagi hubungi bagi tujuan penerbitan artikel mengenai perusahan pekasam. Sumbangan penerbitan Majalah Agro Malaysia bagi mempromosi produk atau perkhidmatan khususnya berkaitan pertanian amat membantu usahawan. Dan kini penerbitan majalah Agro Malaysia mudah di akses melalui internet secara langsung penyebaran maklumat lebih meluas. Infomasi yang berfaedah selain sebagai 'tool' atau alat promosi perniagaan khusus usahawan yang berasaskan pertanian.
Pekasam bukan hanya mengenai produk makanan, perusahaan, industri dan perniagaan tetapi lebih luas atau di'luar kotak' pemikiran. Seumpama kisah 3 orang buta melihat gajah, 1 pegang kaki, padanya gajah seperti pokok, 1 lagi pegang telingga, padanya gajah macam talam besar, 1 yang akhir pegang badan, padanya gajah macam bukit. Melihat pekasam secara holistik ianya sumber kekayaan samada kewangan atau yang lebih penting untuk kesihatan pengguna. Khasiat samada pekasam ikan atau daging dengan pemprosesannya melalui penapaian atau di sebut sebagai bioteknologi, tanpa pengawit tanpa kimia yang diproses secara semulajadi. Memberikan menafaat pada pengguna khususnya untuk kesihatan.
Kejayaan industri pekasam ianya kurang di ketengahkan begitu juga apa-apa pun industri perniagaan yang lain. Perusahaan atau perniagaan yang dipelupori oleh orang melayu kebiasaannya akan terkubur bersama pengusahanya dan agak jarang, kurang atau langsung tidak di warisi oleh anak-anak saudaramara serta jauh sekali untuk di menafaatkan secara umum. Dengan pendekatan strategik 'walfiduniahasanah walfilakhirahhasanah', AnnissA Global ingin mengembangkan sedikit pengetahuan kurniaan Illahi mengenai perusahaan pekasam, Bimbingan secara 'hand-on' buat pekasam secara langsung, pembangunan perniagaan dan yang berkaitan dengannya.
Ilmu bermenafaat yang sebelum ini diperolehi dari pelbagai pihak seperti Mara, Felcra, UPM, Mardi, Sirim, Perikanan, Maktab Koperasi Malaysia, UUM, UKM dan pelbagai pihak yang lain wajar di kembangkan khususnya sesama saudara muslim.
Susah tekanan hidup dengan keadaan ekonomi semasa bukan penghalang sesiapa pun mampu berusaha jika ada pengetahuan serta istiqamah. Maksud Ar Ra'd ayat 11, "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri". Ayat ini sering diungkapkan setiap kali sambutan Maal Hijrah, jadikanlah sebagai pendorong untuk berubah atau bertambah baik demi diri keluarga serta ummah.    

Kekayaan

Pekasam bukan hanya tentang makanan tetapi ianya juga mengenai kekayaan, dengan usaha berterusan dan kini seorang usahawan dari Kuala Besut Terengganu telah berjaya sebagai pengeluar pekasam. Ini merupakan usaha pihak Universiti Malaysia Terengganu dan Annissa Global meng'tranformasi'kan agenda untuk membangunkan ekonomi luar bandar yang bersesuaian dengan potensi setempat.
Bagi mempopularkan pekasam sebagai makanan setaraf makanan segera dipasaran, AnnissA Global kini menyediakan program 'hand-on' membimbing bakal usahawan dan usahawan-usahawan sediada dalam industri pembuatan pekasam. Program dibuat di tempat usahawan berkenaan berada atau di tempat usahawan itu beroperasi. Kini, bukan lagi halangan malah ruang dan peluang untuk meraih kekayaan dalam industri pekasam. 
Mana-mana individu, pihak atau agensi boleh menghubungi AnnissA Global berhubung program 'hand-on' membuat pekasam. Pelbagai ikan samada ikan air tawar atau ikan air masin serta daging lembu ayam rusa kambing boleh di komersialkan dijadikan pekasam. Hubungi 0133204100 0132552000 0125315488 samada untuk jadi pengedar agen penjual pekasam atau untuk sertai program 'hand-on' membuat pekasam.

Jumaat

Menyegat selera

Menyengat selera, pekasam Annissa kini popular hingga ke luar negara khususnya di kalangan warga Malaysia di luar negara. Di dalam negara, Pekasam Annissa di pasarkan atau di edarkan dengan pelbagai jenama oleh pengedar-pengedar seluruh Malaysia. Penjual atau pemborong yang menjual pekasam Annissa di pasaran dengan label atau packingnya sendiri. Annissa Global sebagai pengeluar pekasam, menggalakkan pengedar mengunakan jenama atau label sendiri supaya pelanggan terus membuat pembelian pada pengedar berkenaan.

Proses Pekasam

Pekasam Annissa di usahakan secara kormersial. oleh itu kualiti di utamakan serta kebersihan penyediaannya. Annissa Global iaitu pengeluar pekasam Annissa juga menyediakan program bimbingan usahawan atau latihan pada bakal pengusaha pekasam, ini adalah bagi mengujudkan rangkaian perusahaan pekasam untuk terus berkembang sebagai satu industri makanan utama negara. Bagi mana-mana pihak samada agensi atau individu yang ingin bersama-sama Annissa Global mengkormersialkan pekasam, hubungi 0133204100.   

Khamis

Media

Pekasam Annissa - Makanan Tradisional ke pasaran Internasional, kejayaan menerjah produk pekasam Annissa ke luar negara. Liputan media secara langsung melonjakkan Pekasam Annissa kini lebih di kenali. Sebagai pencetus ideal dengan inovasi dimana Pekasam hanyalah makanan tempatan yang di hasilkan secara kecil-kecilan, kini menjadi industri dan mampu bersaing dengan produk makanan popular yang lain.

Ikan Kering

Pelbagai Ikan kering yang di edarkan oleh Annissa Global samada ikan air tawar atau ikan air masin. Bagi membuat pesanan, Call/Whatsapp ke 012 531 5488 samada pesanan dalam kauntiti yang sikit atau dalam kauntiti yang banyak. Pembayaran adalah melalui akuan bank, hanya setelah bayaran dibuat, pesanan akan diuruskan penghantarannya mengikut tempoh tertentu yang di tetapkan pihak pengendali penghantaran samada keratapi, bas, pos atau yang bersesuaian.
 
 
 
 

Isnin

Pengedaran

Pengedaran pekasam Annissa seluruh Malaysia yang kini begitu laris, dengan pesanan melalui whatsapp dan penggunaan courier services / poslaju, begitu mudah anda membuat pesanan serta penerimaan pekasam. Namun kos penghantaran/kos pos sedikit di tambah dari nilaian kos pesanan, kos penghantaran adalah mengikut jenis perkhidmatan samada biasa atau cepat. 
Pesanan hanya akan di uruskan setelah bayaran di sahkan telah dibuat melalui bank, samada pesanan dengan kauntiti yang banyak atau sikit, dan jika memerlukan keterangan lebih lanjut, CALL / Whatsapp 012 531 5488 

Selasa

Pekasam

Pekasam - Annissa keluaran Selera Ekspres yang di pasarkan oleh Felcra Bekalan & Perkhidmatan Bhd yang boleh di dapati di Outlet Hemat di Wisma FELCRA Lot PT 4780 Jalan Rejang, Setapak Jaya, Kuala Lumpur atau melalui telefon 03 - 4142 3094 serta di semua outlet Hemat di seluruh Malaysia.

KUD 2015

KUD 2015 - Karnival Usahawan Desa 2015 yang di adakan di Persint 3 Putrajaya dari 2 - 6/9/2015, Pekasam keluaran Selera Ekspres di pasarkan dengan jenama WADIRA. Dapatkanlah Pekasam Annissa yang di packkan dalam kotak yang menarik oleh Felcra Bekalan & Perkhidmatan Bhd - Hemat.

Isnin

Lebel

Lebel - Berikutan perkembangan semasa pasaran produk pekasam yang begitu mengalakkan, Annissa Global sebagai pengeluar utama pekasam, kini mengeluarkan label yang standard pada semua produk keluaran Annissa Global. Bagi semua pengedar-pengedar dan pemborong-pemborong di seluruh Malaysia masih boleh mengekalkan lebel atas jenama atau syarikat sendiri dan jika ingin menggunakan label yang di selaraskan sebagaimana label diatas adalah juga di galakkan.
Bagi semua produk pekasam Annissa Global yang di pack, kini di pasarkan mengikut harga satu pack dan bukan lagi mengikut berat atau gram. Namun, anggaran berat bagi pack kecil antara 100 - 130 gram, 140 - 150 gram dan 170 - 200 gram. Dimana bagi harga borong, kauntiti adalah di tentukan mengikut jumlah bilangan pack dan bukan kilogram. Bagi tujuan tempahan / pesanan, hubungi 012 531 54 88 - Annissa Global

Sabtu

Daging

Daging - Daging lembu yang dijadikan pekasam kini begitu popular dan kini antara produk pekasam keluaran Annissa Global adalah pekasam daging. Bagi memenuhi permintaan pengemar pekasam terutamanya pekasam daging, daging lembu yang diproses melalui pemeraman / fermented bagi menjadikan pekasam begitu berkualiti.
Pekasam daging yang kini dikomersialkan bagi mempelbagaikan produk pekasam jika sebelum ini hanya pekasam ikan saja. Sebagaimana biasa, pekasam dengan rasa masam dan pekasam daging ini dengan rasa masam malah jika di simpan lebih lama rasanya lebih masam. Tempoh penyimpanan antara 6 bulan - 2 tahun mengikut cara serta suhu dan boleh dihidangkan mengikut citarasa tersendiri samada di goreng, di bakar atau apa-apa cara yang disukai. 

Ayam

Ayam - Kepelbagaian citarasa pilihan produk pekasam keluaran Annissa Global, kini menampilkan pekasam ayam yang menepati selera pengemar pekasam. Pekasam Ayam yang mula dikomesialkan bagi memenuhi permintaan pasaran serta pengguna. Jika sebelum ini hanya pekasam ikan namun kini pekasam ayam yang dapat menjadi menu hidangan yang menambat selera samada yang gemar pekasam atau yang belum lagi merasai keenakkan pekasam.
Ayam yang dijadikan pekasam dimana daging ayam segar yang melalui proses pemeraman / fermented yang memasamkan rasanya. Malah, semakin lama disimpan rasa pekasam ayam ini lebih masam. Penyimpanan yang sempurna sekiranya pada suhu bilik boleh di gunakan sehingga 6 bulan, jika disimpan dalam peti sejuk boleh digunakan sehingga 1 - 2 tahun. Pekasam ayam boleh di sediakan samada di grill, roast, bakar, goreng atau apa-apa cara yang disukai.

Rusa

Rusa - Kini bagi pengemar pekasam atau yang belum pernah nikmati menu esotik pekasam, boleh rasai pekasam rusa yang julung-julung kalinya dipasarkan. Walaupun bagi sesetengah tempat agak sukar mendapatkan daging rusa, kini setelah dijadikan pekasam yang memudahkan pembeli mendapatkan pekasam daging rusa. Untuk memasarkan keseluruh Malaysia mungkin agak sukar namun untuk mendapatkan pekasam rusa agak mudah dengan kiriman pos yang boleh sampai ke pintu rumah anda.
Bagi tujuan komersial, Annissa Global mengujudkan pemborong / pengedar / peruncit yang dapat memudahkan pengguna mendapatkan pekasam rusa. Juga kolaborasi / collaboration dengan pelbagai pihak samada outlet, kedai dan khususnya restoran atau kedai makan untuk menjadikan pekasam rusa dalam menu makanan. Memandangkan Annissa Global kini sedang mengkomersialkan pekasam rusa, mana-mana pihak yang ingin mendapatkan produk boleh terus hubungi dan harga borong boleh dibincangkan dengan kauntiti tertentu.

Daging

Daging - Kini Annissa Global telah keluarkan 3 lagi produk pekasam berasaskan daging, iaitu rusa, lembu dan ayam.  
 Pekasam Rusa - 200 gram RM 18.00

 Pekasam Daging Lembu - 200 gram RM 10.00

Pekasam Ayam - 200 gram RM 8.00